Tuesday, November 22, 2011

RANCANGAN P&P PENDIDIKAN KHAS

Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran
Bilangan Murid : 6 orang

Tarikh : 24 Oktober 2011
Masa : 8.00 – 8.45 pagi (45 minit)
Tajuk : Operasi tambah Dalam Lingkungan Sepuluh
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
i) Mengenal nombor 1 hingga 9.
ii) Menyatakan kuantiti bilangan mengikut nombor yang diberi.

Nilai : Bekerjasama, kesungguhan, kreativiti
KBKK : Penggabungan, penyesuaian, penyelesaian masalah secara relatif dan menjana idea
Pengetahuan sedia ada : Mengenal dan menulis angka 1 hingga 9
Alat bantu mengajar : Kad nombor,magnet,benda maujud dan lembaran kerja.
Pelaksanaan P&P :

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran Strategi/Kaedah/Nilai/KBKK ABM
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 1
Set
Induksi
(7 minit) Pengetahuan sedia ada tentang nombor 1 hingga 9 Guru menunjukkan kad nombor kepada murid dan menyuruh murid menyebut nombor yang ditunjukkan.
Guru menulis nombor 1 hingga 9 di papan putih.
Guru meminta murid menyebut nombor 1 hingga 9.

Guru menyuruh murid mewakilkan setiap nombor yang ditulis mengikut urutan tadi dengan magnet mengikut bilangan. Murid menyebut nombor secara urutan menaik.


Murid memerhatikan nombor 1 hingga 9 .
Murid menyebut nombor 1 hingga 9 secara beramai-ramai.

Murid mewakilkan setiap nombor yang ditulis mengikut urutan tadi dengan magnet mengikut bilangan. Strategi:
Pemusatan Murid

Nilai:
Teliti

KBKK:
Membuat urutan
Kad nombor

Magnet
Langkah 2
(8 minit)

Memperkenal konsep tambah.

Guru memberikan 3 jenis benda maujud kepada murid mengikut kumpulan.

Guru menyuruh murid menyatakan tiga kumpulan pembilang dan menyatakan bilangan benda kesemuanya.

Murid mengira bilangan benda dalam kumpulan.

Murid menyatakan tiga kumpulan pembilang dan menyatakan bilangan benda kesemuanya.

Strategi:
Soalan Berstruktur

Kaedah :
Eksposisi

Nilai:
Teliti, tekun
KBKK:
Menjana idea dan menghubungkait
Benda Maujud :
Pensil,

Pemadam,

Pengasah pensil
Langkah 3
(10 minit) Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan. Guru menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan.
Guru menerangkan cara menulis ayat matematik dengan betul menggunakan magnet.

Guru menulis beberapa soalan dan meminta murid menulis ayat matematik di papan putih. Murid melihat guru menulis di papan putih.

Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

Murid menulis ayat matematik berdasarkan soalan yang diberi menggunakan magnet.
magnet
Langkah 4
(15 minit) Penilaian Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
Guru menerangkan arahan soalan kepada murid.
Guru memantau murid secara individu ketika aktiviti dijalankan. Murid menerima lembaran kerja yang diberikan.
Murid mendengar arahan soalan dengan teliti.
Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru. Strategi:
Perbincangan

Kaedah :
Pembelajaran koperatif
Nilai:
Bekerjasama
Lembaran Kerja
Langkah 4
Penutup
(5 minit) Latihan Kerja Rumah Guru menyediakan latihan kerja rumah untuk semua murid Murid menerima latihan kerja rumah yang telah disediakan oleh guru. Nilai :
Bertanggungjawab Lembaran kerja

Perincian Pelaksanaan P&P:
Masa Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-7 - Guru menunjukkan kad nombor satu persatu mengikut urutan menaik.
- Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan kad nombor tersebut.
- Guru meminta murid menyebut nilai nombor yang ditunjukkan.
- Guru menulis nombor 1-9 mengikut urutan di papan putih.
- Guru meminta murid untuk meletakkan bilangan magnet mengikut nombor yang diberikan.
Minit 8-15 - Guru memberikan 3 jenis benda maujud kepada murid mengikut kumpulan.
- Guru meminta murid mengira jumlah benda maujud tersebut dalam kumpulan.
- Guru meminta murid menyatakan jumlah 3 jenis benda maujud tersebut dan jumlah keseluruhan apabila dicampurkan.
- Guru menulis jumlah yang dinyatakan oleh murid di papan putih.
Minit 15-25 - Guru menerangkan kepada murid cara menulis ayat matematik dengan betul menggunakan magnet.
- Guru menulis beberapa soalan di papan putih dan meminta murid menulis ayat matematik dengan betul secara individu.
Minit 25-40 - Guru membuat proses penilaian dengan memberikan lembaran kerja kepada murid.
- Guru menerangkan setiap arahan soalan dan sentiasa memantau murid ketika aktiviti ini dijalankan.

Minit 40-45 - Guru memberikan latihan kerja rumah kepada murid.
- Guru menerangkan arahan soalan dengan jelas kepada murid.

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
1. Kekuatan
Sepanjang pengajaran makro dijalankan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan didalamnya.Faktor pertama yang penting untuk menarik minat dan perhatian murid ketika belajar ialah set induksi.Jika set induksi menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik maka ia akan membuatkan murid teruja untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.Ini akan membuatkan murid menumpukan perhatian terhadap langkah demi langkah yang telah di susun oleh guru di dalam rancangan pengajaran harian.Justeru,murid akan dapat memahami satu-satu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.Faktor kedua pula ialah suara yang lantang dan cara penyampaian yang jelas.Bagi memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar,suara guru mestilah lantang,jelas dan sebutan mudah difahami.Jika murid tidak dapat mendengar suara guru dengan jelas maka mereka akan mudah merasa bosan dan tidak memahami pelajaran yang ingin disampaikan.Ini menyebabkan objektif P&P yang dirancang oleh guru tidak tercapai.Seterusnya cara penyampaian seseorang guru itu juga penting bagi memastikan murid benar-benar memahami pelajaran yang diajar dan seterusnya dapat mengawal murid dengan baik.Dengan adanya kawalan murid yang baik maka suasana pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan harmoni.Selain itu,proses penilaian yang dilakukan oleh guru selepas mengajar juga penting bagi menilai murid sama ada mereka memahami atau tidak pelajaran yang disampaikan.Proses penilaian ini boleh dilakukan dengan cara memberikan lembaran kerja dan latihan kerja rumah.Guru hendaklah memeriksa hasil kerja murid tadi dan di situ guru dapat menilai sama ada murid tersebut faham atau tidak pelajaran yang telah disampaikan.Jika guru mendapati murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberikan maka guru hendaklah mengadakan proses pemulihan.Murid tersebut hendaklah dibimbing di luar bilik darjah secara berterusan sehingga mereka dapat mencapai sasaran atau objektif yang dirancang.Kekuatan lain yang terdapat di dalam pengajaran makro ini ialah murid diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti yakin diri,berani, dan bekerjasama.Ini dapat dilihat semasa aktiviti P&P dijalankan,murid berani untuk ke hadapan dan yakin dengan kebolehan diri untuk menjawab soalan yang diberikan.Selain itu sikap bekerjasama juga dapat dilihat ketika mereka menjalankan aktiviti berkumpulan.Nilai-nilai murni ini penting bagi membentuk sahsiah diri murid agar menjadi manusia yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi juga berakhlak mulia.Kelebihan yang seterusnya ialah guru dapat mengawal suasana dan keadaan kelas dengan baik.Guru juga sentiasa memantau dan membimbing muridnya terutama ketika aktiviti penilaian dilakukan.
2. Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan mengikut langkah-langkah yang telah disusun didalam rancangan pengajaran harian (RPH).Ini kerana kadang kala terdapat masalah atau gangguan berlaku di luar jangkauan atau kawalan kita.Namun begitu,ia tidak menjejaskan keseluruhan pengajaran guru tersebut.
3. Langkah Mengatasi
Guru hendaklah peka terhadap setiap kelemahan dan kekurangan yang terdapat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ini penting untuk membuat penambah baikan bagi meningkatkan mutu pengajaran pada masa hadapan.Ia juga bagi memastikan agar kelemahan dan kekurangan tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan..Di dalam pengajaran makro yang telah dijalankan,penambah baikan yang perlu dilakukan ialah guru hendaklah memastikan agar masa yang telah ditetapkan mengikut langkah-langkah yang disusun dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dapat dijalankan dengan betul dan teratur.Ini bagi memastikan proses P&P yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar.

Sunday, November 20, 2011

DYSCALCULIA


AUSTISME


PENGAJARAN PEMULIHAN

Keluhan mengenai pencapaian rendah setengah murid kita dalam bahasa memang sering dilahirkan oleh para pendidik dan ibu bapa. Mereka bimbang kerana memang terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang tidak dapat. membaca dan memahami soalan-soalan dalam peperiksaan dan,oleh itu, pakai teka saja bila menjawab soalan. Malahan ada sesetengah murid sekolah menengah yang sama buruk kebolehan bahasanya. Tidak dapat dinafikan bahawa antara murid-murid tersebut di atas terdapat mereka yang memang tidak boleh bercakap dan menulis disebabkan kerencatan mental atau kecacatan fisikal. Tetapi mereka ini hanya terdiri dari bilangan yang amat kecil dan yang lain yang merupakan majoriti besar adalah kanak-kanak normal yang tiada sebarang kerencatan mental atau kecacatan fisikal. Bahawa mereka adalah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan normal tercermin oleh pencapaian mereka yang memuaskan dalam matapelajaran lain seperti Ilmu Hisab atau Sejarah.
Mereka ini kerapkali dinamakan murid lembam yang didefinisikan oleh Brennan (1974) sebagai 'murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah unntuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan...' Mereka ini kadangkala juga diberi label pencapai rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat taraf pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebayanya atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan itu.
Tetapi penakrifan di atas adalah tidak mencukupi dan mestilah dilengkapi dengan keterangan tentang beberapa ciri yang lazim dapat diperhacikan pada murid lembam atau pencapai-rendah ini. Seringkali ciri-ciri ini sedikit banyak berhubung dengan persekitaran rumah dan bidang bahasa, misalnya Bahasa Malaysia, mereka sentiasa mengalami kesulitan pembelajaran kerana kemiskinan perbendaharaan kata yang kemungkinan besar disebabkan diskriminasi penglihatan dan pendengarannya yang kurang memuaskan. Akibat dari berbagai kesulitan pembelajaran yang dialaminya, murid lembam ini selalu gagal dalam ujian, dan ini seterusnya menyebabkannya mempunyai yakin diri dan konsep diri yang rendah. Kita tidak berasa hairan apabila kita dapati murid lembam ini kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.
Aktiviti-aktiviti khas perlu dirancangkan dan dijalankan untuk menolong murid-murid lembam mengatasi kesulitan pembelajaran dau meningkatkan pencapai mereka ke taraf normal. Dengan kata-kata lain pengajaran pemulihan adalah bertujuan untuk memulihkan masalah pembelajaran murid lembam supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam perlakuan sesuatu matapelajaran dan dapat mengejar rakan sebaya mereka. Jadi dua prinsip asas pengajaran pemulihan ialah
(1) bahawa murid-murid lembam boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai dan
(2) bahawa pengajaran pemulihan dapat mencegah kesan buruk yang mungkin dibawa oleh kegagalan pembelajaran.
Prinsip-prinsip di atas adalah berkait rapat dengan soalan mengapa dalam pengajaran pemulihan. Apakah pentingnya tindakan pemulihan diambil dalam bidang bahasa?
Kebolehan berkomunikasi dan belajar melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Oleh yang demikian, perkembangan bahasa seorang kanak-kanak akan secara langsung mempengaruhi pertumbuhan intelektual dan seterusnya menentukan kejayaan.
Creber (1974) telah menekankan perhubungan erat antara kegagalan pendidikan murid sekolah khususnya kanak-kanak kurang beruntung dengan ketaklengkapan bahasa mereka. Beliau telah menggambarkan kesan-kesan atas pendidikan mereka akibat dari kekurangan bahasa seperti kemiskinan perbendaharaan kata.
Pendapat ini di.sokong oleh Gulliford (1972) yang menegaskan pertalian. rapat antara perkembangan bahasa seorang murid dengan pertumbuhan pemikirannya kerana bahasa merupakan alat pendidikan yang terpenting sekali dan inilah sebab utama kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan ketaklengkapan bahasa murid-murid lembam. Tambahnya lagi, kerencatan dalam bahasa dan kesulitan menguasainya merupakan satu punca kegagalan pembelajaran murid-murid.
Dilihat dari perspektif yang lebih luas dan jangka masa yang lebih panjang, pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa mempunyai matlamat: untuk mencegah pembaziran dalam pendidikan memandangkan berapa rapatnya perhubungan kegagalan dalam bahasa dengan kegagalan dalam pendidikan seorang murid. Sekiranya kita membiarkan saja seorang murid Darjah Tiga dengan ketakbolehannya untuk membaca atau menulis perkataan-perkataan mudah seperti 'buku', 'berjalan', 'besar' dan sebagainya, ketaklengkapan bahasanya akan meruncing dari setahun ke setahun, dan membawa kepada kegagalannya dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah dan seterusnya tercicir dari sekolah. Ini. merupakan satu kerugian. kepada negara kerana potensi-potensinya telah tidak dikembangkan dan sebaliknya telah terbenam disebabkan bantuan tidak diberi untuk menolongnya mengatasi. kesulitan pembelajaran dalam bidang bahasa.
Kita sampai satu prinsip lagi dalam pengajaran pemulihan iaitu ianya mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan. Ini bermakna eloklah masalah pembelajaran murid dikesan dan ditentukan dengan awal-awal dan tindakan pemulihan yang munasabah dijalankan dengan segera. Memang para pendidik telah menegaskan peri pentingnya pemulihan dimulakan pada peringkat awal sekolah rendah, malahan pada peringkat pra-sekolah, tetapi ini tidak bermakna bahawa pemulihan pada peringkat sekolah menengah adalah tidak berguna langsung. Sebenarnya tindakan pemulihan mestilah diambil bila saja ditentukan ada murid yang memerlukannya tidak kira pada mana peringkat persekolahan.
Pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa patutlah dianggap sebagai sebahagian dari tanggungjawab seorang guru bahasa, dan setiap guru bahasa mestilah melengkapkan diri dengan kecekapan yang perlu untuk menjalankan tugas penting ini.

Rujukanan
Brennan, W.K. (1974), Shaping the education of slow learners, London,
Routledge & Kegan Paul.
Creber, J.W. Patrick (,1974), Lost for words, Harmondsworth, Penguin Education.
Gulliford, R. (1974) , Backwardness and educational failure, Winsor, NFER Publishing.
Widlake, Paul (ed.) (1974), Remedial education, London, Longman.

Pelajar 'Slow learner'

1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut;a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.b)Pengajaran Secara IndividuZakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau “tutoring”, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.c)Mengubah Yang Abstrak Kepada KonkritSeorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka.d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).e)Terapi HidroSelain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.f)Cara KerjaCara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.g)Perkhidmatan PemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.

PENDIDIKAN KHAS

PENDAHULUAN 1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan siri dalam masyarakat.
1.2 VISI
Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara .
1.3. MISI
Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Dapat Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan Memberikan Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.
2. DEFINASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
2.1 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.
Kebolehan kognitif
Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
Penguasaan membaca
Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
Kemahiran Matematik
Daya penglihatan
Darjah kebolehan pendengaran

PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:
Program Percantuman.
Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah.
4.2 Program Inklusif Sepenuhnya
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)
Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

Masalah Pembelajaran

Assalamualaikum...
Pembelajaran dan pengajaran adalah amat penting untuk memastikan semua murid yang menerima ilmu dapat manfaat sepenuhnya. Justeru itu kita sebagai pendidik perlu untuk bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Bagi merealisasikan tujuan yang murni, maka adalah perlu kita sebagai pendidik menghasilkan murid-murid yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu kita haruslah mendidik murid-murid walaupun tidak semua murid itu bijak. Pertama sekali kita haruslah berusaha untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan murid kita. Kemudian barulah kita berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stail pembelajaran yang sesuai mengikut gaya pembelajaran murid. Jika murid itu lemah, maka kita sebagai pendidik perlu untuk sedaya upaya membantu agar murid kita berjaya bukannya menyalahkan orang lain...ayuh bangkitlah rakan-rakan guru bagi memastikan kerjaya guru terus dihormati.

Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakkan yang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran. Lembam atau 'slow learner' merupakan antara masalah pembelajaran yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak lembam ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum,lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas menggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

kanak-kanak yang lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1- Guru perlu gunakan bahasa mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh digambarkan atau dipaparkan pada papan putih atau papan kenyataan kelas.
2-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan didalam langkah-langkah yang pendek dan logik.
3- Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasaan kejayaan misalnya meminta seorang kanak-kanak disklesia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk & margetts, 2007)
4- Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang mampu mereka lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak-kanak ini meyiapkan tugasan mereka.
5- Tugasan atau kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. satu slainan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Saturday, November 19, 2011

Pendidikan Pemulihan

PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

- merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Definisi:

Tansley(1967) : ‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):
‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.’

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):
‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’

Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986):
‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.

Konsep:

- satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR
- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Rasional:

Dari sudut “Falsafah”:
- memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar
sepenuhnya dalam kelas biasa
- selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”.

Dari sudut “Teori”
- Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini

Dari sudut “Pencegahan”
- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

Objektif Program Pemulihan Khas

membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;

memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;

memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;

meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;

membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran;

membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;

menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan

memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.
JENIS-JENIS PROGRAM

2.1 Pemulihan Dalam Kelas
Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M
- oleh BPK
- bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pd th berikutnya

PROTIM
- Program Pemulihan 3M
- Membantu murid th 6 menguasai 3M
- Dilaksana selepas menduduki UPSR

2.2 Pemulihan Khas
Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)

- murid yang dikenalpasti
- ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik
- dihantar balik ke kas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan

Kelas Khas

- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap preatasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M
. MURID PEMULIHAN KHAS

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa
kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’

Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:
o Rencatan akal ringan
o Kurang peluang
o Budaya / ekonomi tersekat
o Gangguan emosi
o Kurang upaya sensori
o Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus
o Ganjaran intrinsik

· Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
· Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar
· Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
· Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS)
Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.
· Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
· Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
· Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru
· Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja
· Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa.
· Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
· Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
· Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
· Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,
· Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
· Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
· Bersikap egosentrik
Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process.
A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.
. GURU PEMULIHAN KHAS

Ciri-ciri guru Pemulihan Khas:
Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh(1977):

- punyai peribadi yang stabil dan mantap
- luas bacaan
- cerdas
- tidak takut disisihkan
- sentiasa ingin belajar
- cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

Peranan Guru Pemulihan Khas

Peranan Penilaian (Assessment Role)
· Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
· Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
· Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.

Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
· Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
· Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.

Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
· Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
· Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
· Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.

Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
· Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
· Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.

Peranan Perhubungan (Liaison Role)
Berhubung dengan:
· Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
· Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
· Ibu bapa dan waris
· Masyarakat
· Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

Peranan Kaunseling (Counseling Role)
· Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman
· Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
Peranan Advokasi (Advocative Role)
· Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
· Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.



Bidang Tugas Guru Pemulihan
Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling KPM

Senarai Tugas
Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus
- murid-murid yang dikenalpasti dari th 1 – 6
- keutamaan kpd th 1,2 dan 3

o Membantu guru-guru asas dalam:
- mengenal pasti untuk pemulihan khas
- merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan
- mengatur jadual waktu pemulihan
- mengajar bersama sekiranya perlu

o berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:
- mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan
- latar belakang

o melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran berikut:
- kemajuan murid
- latar belakang murid
- laporan kesihatan
- hasil temu bual
- rujukan

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Bagi seorang guru, tugas untuk mengenalpasti punca-punca seseorang pelajar itu lemah dalam pembelajaran adalah sebagai penting. Program Pemulihan Khas merupakan satu kaedah untuk mengenalpasti punca kesulitan pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid supaya kaedah-kaedah pemulihan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi membantu pelajar tersebut menguasai sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.
PROGRAM PEMULIHAN KHASKONSEPDalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah:"Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah".MATLAMATProgram Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.TAKRIFAN MENURUT PAKAR:AE Tanseley dan R. Culliford:"Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa."M. F . Clough:"Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak."Sharifah Rahman Ali:"kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).""Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya."STRATEGI PERLAKSANAANPencalonan Muridi) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2Mii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
guru mata pelajaran / guru kelas
guru besar
ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.Pengumpulan Maklumati) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubunganb) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar.CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHANAntara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah:a. Emosi dan Tingkahlakui. Perasaan rendah diri.ii. Perasaan risau.iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.vii. Pasif.viii. Malasb. Sosiali. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.v. Menangis - enggan masuk darjah.vi. Hiperaktif.c. Kesihatani. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.vi. Kurang menjaga kebersihan diri.d. Kesediaan Belajari. Belum bersedia untuk belajar.ii. Perbendaharaan kata kurang.iii. Lemah pemahaman.iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.e. Pengamatani. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.iv. Lambat mengkelaskan benda.v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.viii. Tidak kreatif.ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.x. Lemah daya pemikiran/ingatan.xi. Tidak boleh mengingat kembali.Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.2. Rekod-rekod prestasi3. Rekod kesihatan4. Kerja-kerja harian murid5. Laporan Adab Belajar ( LAB )6. Melalui pemerhatian7. Punca-punca lain yang diperolehiTUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS1. PENGENALANPendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHASGuru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3.3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:3.4.1 Laporan prestasi murid.3.4.2 Latar belakang murid.3.4.3 Laporan kesihatan murid.3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi:3.5.1 Borang Pencalonan.3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik3.5.5 Lembaran Kerja3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

Friday, November 18, 2011

Ulasan

Analyze new developments in teaching mathematics to dyslexic and dyscalculia pupils.

Terdapat ramai kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain dari segi kekurangannya. Ada di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Kanak-kanak ini memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Justeru itu Pendekatan Multisensory merupakan satu kaedah yang amat bersesuaian dengan semua peringkat kesukaran. Menggunakan pendekatan ini bermaksud membantu kanak-kanak belajar melalui lebih dari satu deria. Di sekolah kanak-kanak banyak menggunakan deria penglihatan dan pendengaran, namun untuk menambahkan keberkesanannya, deria rasa dan pergerakan juga digunakan. Ini akan memberi minda kanak-kanak itu memproses maklumat melalui deria rasa dan pergerakan termasuk juga deria penglihatan dan pendengaran. Oleh itu apa yang penting ialah guru perlu peka apa masalah yang dihadapi pada kanak0kanak ini dan berusaha untuk memahami dan mengatasinya.

(more info)

Monday, November 14, 2011

Ulasan

Analyze information concerning the systematic instruction of children with special needs

Dalam menangani masalah bermasalah pembelajaran ini, kita sebagai guru perlu berusaha untuk mendapatkan kaedah mengajar yang sistematik bagi membantu kanak-kanak istimewa walaupun tidak ada satu program yang terbaik untuk semua. Para penyelidik bersetuju bahawa perlu ada satu pengajaran yang sistematik bagi kemahiran membaca terutama pada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Terdapat lima perkara yang diperlukan dalam kemahiran membaca iaitu phonemic awareness, phonics knowledge, fluency, vocabulary, and comprehension. Mengajar kanak-kanak membaca perlu dibuat secara eksplisit dan sistematik. Oleh itu setiap kemahiran yang penting perlu diajar secara yakin dan jelas oleh guru. Guru perlu ada perancangan dan penyusunan yang sistematik secara logik dalam pengajaran. Kanak-kanak beramaslah ini perlu diajar dengan yang mudah kepada yang sukar.

(more info)

Friday, November 11, 2011

Ulasan

Design appropriate intervention programmes to remediate children’s mathematical errors.

Bagi membentuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini, maka sesuatu perlu dilakukan untuk menghasilkan sesuatu rancangan atau program yang terbaik untuk mengatasi permasalahan yang timbul. Dalam menjalankan program yang berkesan, didapati pakar-pakar telah mengambil kira beberapa kriteria iaitu risiko dan faktor-faktor keselamatan, menjalankan pemerhatian yang sistematik atas kanak-kanak secara individu, mengakses status perkembangan, mereka peluang pembelajaran yang pelbagai, merancang dan membantu serta menyediakan intervensi berdasarkan data penaksiran. Program sebegini adalah bersesuaian dengan perkembangan, linguistik dan bukti-bukti saintifik. Sesungguhnya apa yang diusahakan perlu mendapat sokongan yang padu dari segenap lapisan masyarakat.

(more info)

Ulasan

Explore the impact of disabilities on the children, their families, on their future.

Sememangnya anak-anak yang mengalami mengalami masalah pembelajaran bukanlah satu perkara yang kita kehendaki. justeru itu kita sebagai ibu bapa perlu berhadapan dengan situasi-sitruasi yang mencabar dan tidak dijangka dengan tabah dan sabar bagi mengatasi permasalahan ini. Permasalahan ini boleh membawa kesan terhadap hubungan suami isteri, interaksi keluarga dan hubungan antara saudara di dalam keluarga serta masyarakat. Oleh itu bagi menjaga hubungan kekeluargaan ini adalah perlu untuk memahami situasi yang dihadapi. Perkara yang penting untuk mengenali masalah, meminta khidmat nasihat, mengenal pasti punca dan cara untuk mengatasinya serta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya untuk membantu kanak-kanak tersebut. Adalah menjadi satu perkara biasa untuk mengalami perasaan berbelah bagi terhadap anak yang bermasalah ini, kadang-kadang rasa bersemangat, sabar dan penuh kasih saying tetapi ada ketika merasakan kecewa dan tidak bersemangat. Sesungguhnya keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain amat membantu setiap ahli dalam keluarga itu untuk membina keyakinan diri dan tidak berasa rendah diri.

(more info)

Ulasan

Analyze the educational, social, and developments patterns of the child with special needs.

Sesungguhnya anak merupakan kurniaan Ilahi yang tidak ternilai. Justeru itu itu kita perlulah mencoraknya untuk masa depan yang cemerlang. Jika didapati kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, pendidikan yang perlu kita berikan mestilah bersesuaian. Walaupun bermasalah janganlah kita membezakan mereka. Oleh itu setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan diberikan perlu dirancang dengan baik agar dapat memberi kesan yang optimum pada pelajar. Selain di rumah, kanak-kanak ini akan belajar berinteraksi dengan orang lain di sekolah. Sebagai contoh, dengan kawan-kawan dan guru. Pendidikan dan sosial seorang kanak-kanak banyak diperolehi di sekolah. Oleh itu, guru bukan sahaja bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi bersedia untuk melatih kanak-kanak ini bergaul dengan kawan-kawan dan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Walau bagaimanapun didapati artikel ini menerangkan bahawa seorang guru perlu berkorban untuk lebih memahami dan mengetahui latar belakang kanak-kanak ini dan sikapnya demi untuk membantu diri mereka dan memahami kelebihan dan kekurangan seseorang individu itu.Janganlah kita tidak dapat menerima sesuatu yang kita rasa menyusahkan.

(more info)